Sunday 29 March 2009

ADAB MEMBACA AL-QURAN

ADAB MEMBACA AL-QURAN SEPERTI TAFSIR SURAH AL-A'RAF DI IKIM

dari link :http://zahazanmohamed.blogspot.com/

Adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi
1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
2.Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
3.Membaca dalam keadaan berwudhuk.
4.Mengadap ke arah kiblat.
5.Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
6.Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat.Walaupun begitu bagi yang ingin mengahfaznya diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
7.Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain.
Al-Imam al-Ghazali mengatakan jika kita bimbang akan timbuyl riyak iaitu ingin menunjuk-nunjuk,maka membaca secara perlahan itu lebih utama.Sebaliknya jika dapat menjaga dari timbulnya penyakit tersebut, maka digalakkaan membaca dengan suara yang nyaring.- Ihya` Ulumiddin.
8.Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
9.Membaca dengan mentadabbur dan menangis.
Tahukah Anda!!!
Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh tentang sifat Allah menurut tafsiran orang-orang kafir.Sebagai contoh orang-orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30.Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah tidak berkuasa mengurniakan rezki kepada hamba-hambaNya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
10.Memuliakan al-Quran.Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan tentang sesuatu yang amat penting.
11.Membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
12.Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
13.Sentiasa membaca al-Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu.
Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang-orang yang lalai”.no 2085, hadith sahih mengikut syarat Muslim
14.Berusaha menghafaz ayat-ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat-ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
15.Meletakkan target untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
16.Memanjatkan doa sebaik tamat dari membaca al-Quran kerana waktu itu merupakan antara waktu mustajab doa.
17.Dilarang membaca al-Quran di tempat-tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas dan sebagainya.
Menurut Qadhi Beirut al-Syeikh Ab Latif dalam kitab al-Tabyiin Fi Ahkam Tilawat al-Kitab al-Mubin terdapat adab-adab selain dari yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi iaitu :
18. Mengucup al-Quran kerana dkiaskan dengan mengucup al-Hajar al-Aswad kerana ia juga merupakan hadiyah Allah kepada.
19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada al-Hajar al-Aswad.
20.Meletakkan al-Quran pada tempat yang tinggi.
21.Berusaha untuk menghayati isi al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis.
22.Tidak memberi salam pada seseorang yang sedang membaca al-Quran.

Monday 12 January 2009

Panduan Menghafal Al-Quran

  1. Melancarkan ayat-ayat atau surah-surah yang akan dihafal
  2. Pastikan tidak ada kesalahan pada baris,sifat-sifat huruf,menepati makhraj dan hukum-hukum tajwid
  3. Cuba baca 2 halaman dalam masa 5 atau 6 minit tanpa satu kesalahan
  4. Setelah bacaan lancar (tidak tersangkut)barulah mula menghafal
  5. Cuba hafal satu-satu ayat atau dua tiga ayat atau setengah halaman atau satu halaman
  6. Mulakan menghafaldengan penuh perhatian dan hati yang khusyuk
  7. Hafal beberapa ayat dan diulang balik yang telah dihafal
  8. Setelah dihafal cuba perdengarkan kepada orang lain sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali
  9. Cuba menghafal ditempat-tempat yang agak sunyi
  10. Cuba menghafal di masa-masa yang segar dan tenang
  11. Jika penat berhenti berehat.Kemudian teruskan menghafal
  12. Bacaan didengar oleh orang lain ,supaya tidak berlaku kesalahan pada baris,sifat-sifat huruf,menepati makhraj dan hukum-hukum tajwid
  13. Cuba membaca dalam sembahyang
  14. Bangun sembahyang Tahajjud tengah malam
  15. Sembahyang subuh diawal waktu
  16. Sentiasa mengulangi ayat-ayat atau surah-surah yang telah dihafal
  17. Jangan menukar Al-Quran yang digunakan untuk dihafal
  18. Menggunakan Al-Quran yang menepati Mushaf Uthmani
  19. Menggunakan Al-Quran yang halamannya dimulai dengan awal ayat dan akhirnya dengan akhir ayat
  20. Memulakan hafal dengan bermohon kepada Allah agar dimudahkan menghafal dan menutupnya dengan bermohon agar dipelihara hafalan.

Makluman

Darjah 1
Bacaan
Juz 30 dari Surah AL-FATIHAH, AN-NAAS hingga Surah AL BAYYINAH ( 18 Surah)


Hafazan
Juz 30 dari Surah AL-FATIHAH, AN-NAAS hingga Surah AL KAUTSAR ( 8 Surah)


Darjah 2

Bacaan
Juz 30 dari Surah AN-NABA' hingga Surah AL QADR ( 20 Surah)


Hafazan
Juz 30 dari Surah AL BAYYINAH hingga Surah AL MAA'UUN ( 10 Surah)


Darjah 3
Bacaan
Dari awal Juz 2 hingga akhir Juz 3


Hafazan
Juz 30 dari Surah ADH DHUHAA hingga Surah AL QAARI'AH ( 9 Surah)


Darjah 4
Bacaan
Dari awal Juz 6 hingga akhir Juz 10


Hafazan
Surah ATH- THAARIQ
Surah A'ALA
Surah AL GHAASYIYAH
Surah AL FAJR


Darjah 5
Bacaan
Dari awal Juz 11 hingga akhir Juz 20


Hafazan
Surah AL INFITHAAR
Surah AL MUTHAFFIFIIN
Surah AL INSYIQAAQ
Surah AL BURUUJ


Darjah 6
Bacaan
Dari awal Juz 21 hingga akhir Juz 28


Hafazan
Surah AN-NABA'
Surah AN-NAAZI'AAT
Surah 'ABASA